Khamis, Julai 29, 2010

3 bulan begelar pelajar praktikal.

dah lama tak tulis luahan rasa ni..agak lama untuk aku, tapi aku pernah meninggalkan alam blog ni untuk jangka masa setengah tahun..jangka masa yang agak panjang untuk aku...so..beberapa bulan yang aku tak tulis ni..kira tak lama lagi la kan..hehe

berbalik pada tajuk diatas,
sebagai pelajar part 6 degree mass comm shah alam. aku and kawan2 (yang aku masih anggap rakan ada sesetengah aku dah anggap ........ hurm..paham sendiri suda..) semua menempuh alam pra-kerjaya.

ader kelas2 lain.diorng melambakkan satu organisasi ramai2 pelajar..tapi kami warga MC226 memilih untuk berdikari..bawa haluan sendiri.berseorangan ditempat praktikel tanpa rakan2 yang dikenali. kire cam siri survivor without makan dan tido di tempat tak senonoh la ..
sebelum hais part 5 hari tu, aku dgr ramai yang dah plan nak beli itu ini untuk pakai masa praktikel.aku pula ada perasaan "perlu ker??" bile diorng sibuk borak nak beli baju kemeja or blazer.kasut kaler ape dan lain. topiknye kadang2 menarik sbb aku lihat cam semuanya dah pandang kehadapan,dan dapat membayangkan apa yg akan terjadik pada masa hadapan.
akhirnya, aku sendiri sambar satu kasut baru. tapi kini, lepas sebulan pakai, kasut tu dah rosak, tapak dah mula tanggal. kaler pon dah fade.kerlipan2 atas kasut tu pon dah tak berkilau lagi.

ganas ker aku pakai kasut sebulan pakai terus rosak?
aku bukan common gurls yg beli kasut banyak2 dan tak pakai.jenis aku. satu kasut untuk semua acara. kasut ni jugak la yang aku pakai gi kerja hari2.gi pasar.gi jalan2 jumpa kawan.gi kenduri sedara kat pahang.kasut ni jer la.tak der kasut lain.

miskinnyer minah sorang ni? ni ke anggapan korang?
buat masa ni aku tak kayap lagi.sbb duit ptptn aku masih lagi berbaki.jangan tanya berapa.sbb aku rasa dalam bulan depan konpem habis.tapi harapkan ia dapat bertahan sampai la aku ke shah alam untuk jumpa mama(advisor aku).tapi tak payah la nak mintak aku blanja..except,twin aku (u noe who u are), hari tu ko blnja aku kat kopitiam yang entah halal ke tak tu aku tak sempat balas balik lagi.hari tu nak gi old town dgn kamu pon tak sempat.selagi ader duit ni..dan sebelum pose..jom kuar..~!!!

update:9 ogos 2010.

First day masuk office 14hb jun yang lalu. rasa gerun2 tu ada la jugak. yerl a,kita tak tau apa yang orang akan fikir.macam mana nak bawak diri. nak wat perangai gile atau sopan ayu sepanjang masa. macam-macam dalam fikiran. first day gi keje,bapak kesayangan yang hantar naik wolkswagen hijau dia tu.hantar sampai masuk office. bajek aku tau jalan nak gi office tu kalo bukan bapakku yang hantar lah...masuk2 jumpa en. Arman.masa tu awal lagi.baru pukul 7.35pagi, masih awal untuk pekerja kerajaan.hehe.

selain aku, ada lagi seorang budak praktikel kat pejabat ni. Atika Azreen. (sama ketot dgn nad). student UKM. lagi 2 minggu dia habis praktikel dan praktikelnya hanya 2 bulan.dalam 2 minggu tu. sempatlah beramah mesra dengan dia.begitu juga dengan sesi perkenalan dengan pekerja-pekerja yang lain. dari dia aku kenal kak sham, rahim, kak is, arina, kak tipah, fuad, jaikak ju,abg shah,tina(pon praktikel tapi kat tingkat atas)dan bos2 yang lain cam cik hilman(bos unit upacara), cik sabri(bos unit media),cik lin(bos penjenamaan),cik adli(bos unit penerbit tingkat atas),bila dah lama, aku mula kenal penghuni kerajaan langit(staff2 web dan IT kat tingkat paling atas), iza, kila,shahrul, puan zala, kak ju web. ada gak yang aku kenal masa gi KMJ 2010, redwan/bam. isyam/ta`in,abg fidlah, hafizan, robot.diorng ni lah yang bertanggung jawab amik gambar2 aku.hehe.

keje untuk first day, hanyalah memotong keratan akhbar,selepas seminggu baru lah dapat berjumpa dengan pn.azizah, PRO utm. bila dah masuk minggu ke dua, keje pon makin bertambah. tu yang samapi bangun pukul 3 pagi semata-mata nak gi keje.bertolak dari utm kul 4 semata-mata nka gi kluang untuk cover KMJ Punya story. kat sini pulak aku kenal prof ariffin. bos unit USR. Thanks for the treat kat railway station yer prof.dia jugak lah org yang pertama tanya

"praktikel kat utm dapat berapa?"

jawapan aku:"jadik hamba abdi la prof, mana dapat gaji.dapat pahala jer..."

bos yang menyelia aku bertukar-tukar, tgk mana yang tak cukup orang. tapi setakat ni aku banyak kerja dengan cik hilman. aku pon dah tersenarai sebagai salah seorang gadis dulang. pemberi cenderamata la.

hari ni. abg shah last day bekerja kat sini. kena pindah ke alumni. ada sejarah disebalik perpindahannya, tapi biarkan lah. politik dalam pejabat. mesti wujud kat mana2 pon. petang ni rasanya majlis perpisahan dia. semoga dia lagi rilex kat sana. lagipon. lagi 5 tahun je kerja.pas tu pencen . ape ada hal.

hari2 masuk kerja awal. balik normalnya pukul 5 la. tapi bila ada event yang mendatang. mmg balik kul 1 pagi la. alhamdulillah, tak pernah lagi tidur kat office.

aku cuma mengharapkan praktikal aku berlalu dengan tenang. tanpa wujudnya sebarang konflik. biar aku meninggalkan tempat ni pon dengan aman. aku akan cuba mencari haluan untuk masa depan yang lebih cerah. untuk masa hadapan ku juga.

untuk semua 226 praktikal-ians.semoga maju jaya.

8 ulasan:

nad berkata...

u've been tagged. tgk kat blog aku eyh..ade 2 tag..

weh..tarok la chat box ke ape.senang aku nak tinggal msg..

Zetty Zainal berkata...

ahaks..dulu ader chat box..tapi aku dah buang..dah lupe nak letak balik camner..haha

Lonelytribe85 berkata...

Aku nak gak menyibuk kat cni... haha...

Life agak susah kan... patutlah ada org kata campus life lagi hapening dr office life... Tp yang masyuk office life ni ujung bulan trima gaji, yang campuslife plak ujung bulan tgk duit ptptn ada lagi ke tidak... last2x fama foundation gak dicari... hahaa...

Apa2x pun kena survive skrg ni... tinggal 1 bulan lebih lagi...

Zetty Zainal berkata...

ikhlas untuk jo rd:

ye..mmg diakui life agak susah.dengan bebanan kerja yang balik sehingga lepas waktu kerja, lagi2 untuk pelajar praktikal yg mengimpikan waktu kerja 8-5pm.politik pejabat lagi.ragam2 staff,perbezaan sebior junior yang amat dirasai.

tentang wang, bekerja lagi seronok..hehe..tanya lah pada sesiapa pon..semua akan mengakuinya.ujung bulan dpt gaji..yang baru2 mula kerja tu..mungkin takder lagi bebanan hutang.tapi yang belajar, wang adlah faktor yang susah.aku pon dulu merasainya. sampai satu tahap aku turut bekerja jadik waitress kat hotel2 untuk kumpul duet.

ye,,kita harus survive untuk sebulan lebeyh lagi..dan sebenarnya, kita praktikel bukan setakat 3 bulan.tapi hampit ke 4 bulan.

sekian

rafiq berkata...

hahaha...baru tahu cmner rasanyer kerja keras....sesi menghadapinya makin dekat, so pd rakan2 smua...bersedia la...cabaran lg getir akn mendtg selepas ini...huahuahuahuahuahua

Zetty Zainal berkata...

ikut la pesanan mak aku..
buat kerja dengan ikhlas..tak kira sekeras mana pun kerja tu.
benda susah akan jadi senang..yang penting redha dengan semuanya.
baru la tak akan timbul soal.boring dengan kerja.boss tindas.kerja banyak.

selalu remind diri aku sendiri.
aku carik makan kat tempat org (stakat ni carik markah.bukan carik makan lagi sebb tak dapat gaji.hehe)bos layak untuk
1. melambakkan kerja bertimbun atas meja.
2. kejar dateline bagai gile (macam tak biasa kan..?)
3. balik lambat setiap hari..

sbb selagi kita bukan bukak company sendiri.kjita masih makan gaji. dan harus ikut arahan.walau seperit mana arahan tersebut.kecuali yg melanggar undang2 la.

peace ya`ll

rafiq berkata...

betul 2 maknyer.....alhamdullilah msa cuti sem sblm2 ni xduk goyang kaki...xla terasa sgt stress 2.. :)

Zetty Zainal berkata...

tu la.bagi yang tak pernah kerja .atau pun cuti sem sekadar bangun tengah hari,ngadap tv..mmg akan terasa peritnya kerja.bukan cam kiter yg cuti sem sebulan pon gedik nak kerja.hahah..

p/s: kite bukan orang kaya yang tiap2 hari nak mintak parents duit untuk buat belanja walaupun duk kat rumah. :)