Khamis, Jun 16, 2011

lopez de-circle-ar

masa blaja dulu ..(dulu la sangat. padahal tak sampai setahun lagi aku habis belaja)..
kalo setiap kali aku balik umah kat jb ni. nak balik shah alam.mesti atok n mak aku akan bekalkan makanan.tak kira la.nasik dan lauk pauk ke.kuih ke. ape ke

ada sekali tu. aku bawak balik kue lopis...
saja...
kuih lopis ni sah2 la faveret aku.selain dari kue keria dan pelbagai kue lagi...hehe
kue lopis yang masak sendiri yer. bukan yang beli kat kedai.ataupun warung2 tepi jalan.
dalam daun pisang lagi...
maknanya dia tak di kerat2 lagi.
kalo kuih lopis homemade yg atok n mak aku buat.dia bulat2.
bukan tiga segi.
penah gak aku tanya mak aku.asal tak buat yang tiga seginya.
dia cakap 
"tak tahu.."
dah tu aku nak ckap ape lagi?senyap je la..janji leh telan.

critera ni start masa kat apartment baiduri. aka umah sewa aku masa degree kat seksyen 2.
dah bawak balik makanan takkan la kau nak sorokkan bawah bantal makanan tu semua kan..
sah2 la canang satu umah ajak makan.
seperti yang aku cakap tadik
kalo dah homemade namanya.mestilah dalam bentuk original.
cam kueh lopes yang aku bawak ni.still bebalut dengan daun pisang lagi.dan tak dipotong2 lagi.
aku perintahkan (eceyh) budak umah aku. ntah sapa tak ingat..untuk memotongnya.sambil2 aku buat air gula dia..

bile si dia tanya
"nak potong pakai per??"
aku jawab la
"pakai benang.."

bole satu umah bantai gelak kat aku.
aku yg tak paham ni dan agak slow ni.maklum ar tgh penat baru sampai dari travel.tepinga2 jap.
what the hell..
betul la aku cakap.
pakai benang..salah ke?

rupa-rupanya diorang ingat aku buat lawak sarkas.
potong kueh pakai benang.
bile dah aku buat muke serius ..
cakap dengan nada terlebih satu pitching.

"BETUL LA PAKAI BENANG..KORANG INGAT AKU MEN2 KE.BAK SINI.BIA AKU BUAT."

aku tunjukkan skill potong kueh lopes tu pakai benang, baru la masing2 buat moncong OoOoOooOo..

CIT.
YAPEDA.
NAMPAK SANGAT TAK PENAH MASAK KUEH LOPES

ha.korang ni tau ke aku potong kue tu camner


Jumaat, Jun 03, 2011

reality checker


"bestnya dpt hubby yg caring cam Seth (aaron aziz) nie..huhu"
                                                      -nor azila,2011

Reality check
laki cam tu dah pupus

sekian

Sabtu, Mei 14, 2011

dilema wayang free..

camner nak kata eh.
aku konvo 18hb.
nak gi tgk wayang kat tebrau nun sana 19hb.
mak aku dah habaq awai2 nak gi lepak kat kl.nak g tgk adik aku yg kecepur jatoh motor kat sana ari tu.
agak2 parents aku nak ke drive laju2 supaya aku sempat sampai johor  semata2 nak bagi aku chance tgk wayang?
tapi kalo ikot pengalaman. bapak aku kalo drive.segala jenis negeri yg kena lalu sebelum sampai johor mesti singgah 2 3 jam.
yg paling konpem.singgah melaka.beli belacan
adeyh
camner nak sampai tepat pada masanye?

Rabu, Mei 11, 2011

ONG

sape kata aku tak der ONG?sape?sape?

ari tu aku saja2 nak test ke"ONG"an aku.
bukan ONG BENG HENG.atau ONG ONG GEDEK GEDEK suara katak bile panggil  hujan
seperti yg kawan sekelas degree aku tau.aku rajin sgt2 masuk macam2 contest.kadang2 yg aku menang pon aku tak tau sampai la aku dah terlepas tarikh pengambilan hadiah.
tapi kali ni.aku tak terlepas sebb aku dah menang 2 tiket wayang free tgk pirates of carribean yg baru
dan pada mulanya aku saja2 suggest kat kawan2 yg tgh online gak masa tu suh try.tapi cam biasa la ada yg tak nak.ada yg tak reti.(yg ni aku aja sampai pandai) dan yang pandang serong.
takkisah la kan...
aku kan suke berkongsi benda2 best.
dan akhirnya.
mungkin berkjat aku suka nak share.
aku antara 100 kot?(ke 1000?) orang yg bertuah dapat tgk wayang free bersama seorang lagi teman.
teman aku tau la sapa kan.hehe.
my dady mucuk.
ari tu ada daftarkan dia gak.tapi tak cek lagi email dia.jap g ah.kalo dia pon dapat kitorang ada 4 tiket wayang free2 cam tu jer.

sape mau ikot?

Bukti wa dapat babe..!

monolog

lokasi: dalam exora.JMS 4100
hari: rabu
cuaca: pagi yg cerah

jam: 6.59 pagi
lokasi: tgh2 jalan sri pulai - taman u
pergh.jem pulak jalan ni.nak anta si gemok g sekolah lagi.aku nk masuk keje kul bape lak.
(nada tak puas ati.sambil tgk keta2 yg cam lipan.kaya2 orang johor.)
(attn: aku masuk keje 7 pagi jika shift pagi yer)

jam: 7.13 pagi
lokasi : tgh2 jalan taman u - kangkar pulai
aik.sini pon nak jem jugak? tak patot2.
(sambil tgk jam polo club britanica kat tgn selang 10 saat)

jam: 7.17 pagi
lokasi: simpang nak masuk 7e #1324. BB Kangkar Pulai.
mampos budak2 ni ngamok aku sampai lambat gile.
(da terbayangkan muka2 budak2 shift malam yg sikit lagi nak ubah jadik cencurut bila aku sampai lambat.)

jam: 7.19pagi
lokasi: depan 7e.
aik.mana plak motor si ain ni.takkan dah balik kot.

jam 7.20pagi
lokasi: dalam 7e
apehal plak mangkok ayon ni tgh kire rokok.dia satu shift ngan aku ke?
(dgn muka pelik2)
tekan2 clock in.terus check jadual.

jam: 7.24 pagi
lokasi: backroom
sambil dail no tepon mak aku guna tepon opis.
aku: ibu.pusing amik angah balik.ari ni keje malam ar.ingatkan hari selasa.

buat muke derk.terus kuar 7e.kat kepala da ter bayang aktiviti2 yg dapat aku buat sepanjang hari ni sementara nak tunggu shift malam kul 11.00 mlm nnt.

sawang

makin bersawang bile da lama gile tak hapdate blog ni.
teringat kata adik aku bile dia nampak aku hapdate blog pada satu malam.

"ko tau tak ngah (Angah=aku).orang yg suke2 tulis blog ni sebenarnya tak der life..."

dia terus blah buat muka slamba dan aku terus terpaku atas kerusi ngadap komputer mencari kebenarannya.

*SHIT!!