Rabu, Januari 28, 2009

hatiku..

apa kata hatiku..
bila mengetahui diri telah tertipu..
tertipu dengan janji setia yang sering diungkapkan
apakah janji-janji itu..
hanya untuk mengaburi pandangan zahir..
supaya diri ini tidak menyedari..
bahawa dia telah tertipu.....

apa kata hatiku lagi..
bila mengetahui kebenarannya...
kebenaran suatu penipuan...
penipuan yang tidak pernah diundang...
walau sekejap masa..

hatiku jelas berkata..
lupakan ia..
teruskan hidup...
kerana aku lebih berharga dari segalanya....
dan dia tidak layak untuk ku....

tetapi hatiku...
airmata sering mengalir...
bila keseorangan..
bila kesunyian...
bila tekenangkan suatu yang indah yang pernah kukecapi...

hatiku..
berikanlah ku jawapan..
tuhanku..
tabahkan lah hatiku...
diriku...
kau pasti dapat mengatasi segalanya

Tiada ulasan: