semalam mase borak2 dengan dila(house mate) aku..kitorang discuss pasal citer2 arahan mamat khalid, mase tu pulak aku baru nak layan kala malam bulam mengambang.
yer la..diakan blaja pasal filem..nak tau gak..kenapa citer mamat ni..semuanya cam selenga jer aku tengok..bangang2..
rupa2 nye..semua tu punya maksud yang tersirat..yang aku rasa orang yang berpengetahuan dalam filem jer tahu maknanya..
aku tanya dia.."knp citer zombi tu cam tu."
dia cakap (bg pihak lect yg bagitau dia info ni) "sebnrnyer citer tu ada maksud yg tersirat..sindiran dia amat mendalam..kalau nak buat dengan gaya serius..mungkin tak lepas lembaga penapisan kot."
aku:"huh?pulak dah...aku tgk cam bangang jer dengan zombi yang tak zombinyer..zombi pakai bedak sejuk!!! lawak2"
dila tnye aku balik "napa tajuk dia zombi kg pisang?"
"mana aku tau deyh.."
"kalo ko ingat betul2, peta malaysia cam bentuk jantung pisang..tol tak.."
ye tak ye ek..
"kiranya, zombi tu sebenarnye rakyat malaysia, kampung pisang tu negara malaysia sendiri..dan cerita tu mengkritik warga malaysia sendiri, dari pelbagai segi.."
tak pernah lak aku terpikir sampai cam tu sekali, tu ker maksud dia yang sebenarnya??mengkritik penduduk malaysia, budaya malaysia..aku rasa amnye orang melayu..
antara contoh scene yang mengkritik (according to dila n lect nye)
1. mase awie dikerumuni zombi, dia jerit "siti nurhaliza", semua zombi pun dengan bangangyer tgk
+ menunjukkan malaysian/ malay people mengagung kan penyanyi lagi2 si ct(sorry, tak minat siti yer..)
2. bile awie perli sofi jikan "yer la dia kan ader spm kite tak der(betol ker dialog dia ni?)"
+ ni menunjukkan yang malaysian/ malay ader taraf pendidikan yang rendah pun dah kire cukup bagos..dah belagak nak mati..
dan ader bnyk lagi scene lain yang aku tak leh nak recall.
kalo citer man laksa pulak mengkritik artis2 malaysia.
KMBM pulak aku tak tau dia nak sindir saper...
dah habis tgk pun citer tu..aku cube nak memahami isi tersurat yang ade dalam cerita tu..
tapi...
tak paham2..las2 aku ketawa jer tgk rosyam nor ber"opocot"..huhu..
bagi aku, citer tu mmg patut dapat bnyk pengiktirafan pun..sebab dia lain dari cerita yang sedia ader kat malaysia..walaupun cerita dia cam kembali ke zaman lampau, tapi, dia tak der cerita cintun 3 4 5 segi yang bnyak ader kat tv,drama dan wayang skang ni
p/s: mmg citer2 tu bangang2
MY LAST DAY AT JOHOR BAHRU SESSION/MAGISTRATE COURT
18 jam yang lalu