Selasa, Oktober 19, 2010

mood: malas nak diam dah.bagi lepas semua.pegi mam sapa yang terasa

weyh.penat ar weyh.
penat bile menunggu sesuatu yang tak pasti.
ingat aku suke ke nak men tunggu2 ni?

case#1
aku ni.manusia "dateline."
kalo ko cakap
"lagi 2 minggu benda ni sattle"
benda tu mesti sattle dalam 2 minggu.
no more excuses.
kalo yer pon ader excuse.aku nak kan respond.
tak payah la nak biakan aku tertunggu2.
diam jer.
bile ditanya.excuse tu excuse ni.
penat tau tak.
kalo bole.cakap bole.
kalo tak bole pun cakap tak bole.
need more time ke ape ker.
aku tak kisah.
aku terima semuanya
ko bagila aku seribu alasan pon
asalkan alasan yg boleh diproses oleh otak aku.
aku akan absorb kan kedalam setiap sel sebaik mungkin.
aku tak kisah.
aku takkan tanya tiap2 hari bile leh bagi benda yang aku mahukan.
aku bukan jenis orang yang akan tanya.kol orang lain tiap2 hari.
push2 orang lain selagi benda tu tak mendesak.
selagi benda tu tak der jalan penyelesaian yang lain.
dan hal ini bukan berkaitan dengan kertas2 bernot2 yang mempunyai nilai.
aku bukan AH-LONG!
aku angah.!
cuma aku mahukan alasan.
jangan buat aku kena menjawab pada orang lain tentang hal ni.
macam mana nak menjawab sedangkan aku sendiri tak tau jawapan nyer.!
dah setengah bulan aku menungg
cukup sebulan takder respond.aku chaw!
bile dah ade respond baru cari aku balik.
nasib baik aku mempunyai alasan yang baik untuk terus menunggu.

case #2
itu satu hal.
ader lagi satu hal yang melibatkan not2 hijau merah dan biru pula
dateline nya hari ahad ni.seminggu aku bagi masa.
sepatotnya ia selepuk berada pada orang yang sama.bila aku selidik rupa2nya.
sikit ada pada dia.sikit ada pada dia.sikit ada pada dia.
apa ingat aku ni bank korang yang duit aku.korang agih2kan.?
aku tak tau kisah sebenar.
tapi bile ditanya.

"bole bank inkan tak?"


"tak bole ar.banyak kje.ko datang ar sini amik kat umah"


ha amik kat umah?
perjalanan dari rumah aku nak gi umah korang melibatkan masa selama 4 jam dan perbelanjaan perjalanan yang akan digunakan akan melebihi dari yang korang patot bagi aku.
nak suh aku charge duit pergi dan balik jugak ker.!
keluar makan bersuka ria.bole plak.
keluar bank inkan duit aku.tak leh.
ingat aku lupa camner korang nak mintak duit dari aku ker.!
dan lagi satu hal.tu duit aku.and bukan aku mintak duit korang.!
lain la kalo kornag mmg dah guna duit tu seperti duit korang sendiri dan korang dah tak der duit nak ganti balik
kalo korang tak der buat perkara keji tu.
bagi b4 or on ahad.aku tak der hal punya.
aku dah bagi 2 jenis akaun bank yang berlainan.
aku leh bagi lagi 3 no akaun bank yang lain. kalo 2 bank yang terdahulu buat hal.!
dan semuanya didaftarkan atas nama aku.!
bukan atas nama orang lain.
berjumpa dengan seorang kawan hari ahad yang lalu.mendorong aku untuk mengorak langkah drastik.
bile dia cakap

"diorang tunggu ko mintak dulu baru diorang nak bagi"


Ok.aku dah mintak.ape lagi.bagi la.
tak payah nak cakap korang banyak kerja ape semua.aku pon penah banyak kerja.sampai tak tertanggung.design bertimbun2.
bauat design sorang2.
bersengkang mata.walaupun design simple nak mati.!

terima kasih kepada penerima panggilan terakhir dan yang pertama dari aku kerana melayan aku sebaik mungkin.memberikan penjelasan dan maklumat kemana perginya not2 tu semua.
kalo bukan kerana penerima panggilan terakhir.
aku takkan tahu.not2 tu semua bergelimpangan pada orang2 yang tak sepatutnya.
walaupun dia juga insist cakap

"diorang suh ko datang amik kat umah."


"kenapa pulak kena amik kat umah.umah aku bukan kat sana sayang oi.aku kat JB."


"ader kat aku sikit jer.ader yang sikit2 kat diorang lagi."

see.?dah tau cam ner aku tau not2 tu semua dikendurikan?
kalo dia tipu aku.aku pun tulis benda yang tipu.
tapi ini mmg ape yang dibualkan antara aku dan dia.

"tak pe la.ko try kumpul balik semua duit tu. bole tak?"


"bole..."


"bank mana yang senang ko nak bank in kan?"


"bank islam.tak pun maybank bole?"


"ok.nnt aku msgkan no akaun aku."

lepas beberapa ketika aku msg kan no akaun aku beserta short note.

kalo bole bank inkan minggu ni k.tq.


p/s:Harap2 tak der yang berkeinginan nak buat palat lagi

Isnin, Oktober 18, 2010

ABAIKAN

kalo korang ada yang nampak aku cakap sorang2 masa ngadap komputer and buat kerja
ABAIKAN. sebb aku tengah berkomunikasi dengan diri sendiri untuk memperelokkan kerja aku lagi.


kalo korang ade perasan aku gelak sorang2 masa aku tengah layan muve.layan muve pon sorang2.
ABAIKAN. sebb aku tgh betul2 layannnnnn citer tu (selalu terjadi bila aku layan citer korea jepun dan cina sahaja.)


kalo korang ader perasan masa aku tengah bejalan.aku bebel sorang2.
ABAIKAN.sbb ada la benda yang berlegar dalam kepala aku yang aku kena solve secepat mungkin


kalo korang ader jumpa aku tgh khusyuk men game hp cikai sorang2.pas tu gelak2
ABAIKAN.sbb aku mmg pencinta game tegar.tanya la sesapa yang pernah serumah dengan aku.


kalo  korang ader tejumpa aku tgk komputer dengan muke bekerut2.macam buat pojek juta2
ABAIKAN.sbb muka aku mmg macam tu bila tgk komputer.walhal masa tu aku tgh baca novel pdf dengan penuh penghayatan.wuhu..~~


kalo korang rasa aku ni happy go lucky.yang takder masalah.
ABAIKAN,sbb korang takkan tahu betapa besarnya masalah yang aku sedang tanggung.


senang citer.abaikan lah untuk segala nyer.korang tak banyak pikir.idop pon sempoi.~~







Jumaat, Oktober 15, 2010

menu diet #2

post mortem diet #1:
hari ni..eh.bukan hari ni.start semalam lagi.diet dah lari okey.
pas balik dari kantin memakan kan diri.aku melantak lagi keropok ikan dalam opis sambil2 buat keje.
kruk krap bunyik dia.adeyh.
balik tengahhari bukak tudung saji.ada SAMBAL UDANG beb..!
mmg terus aku lupakan niat diet tu.
mule2 amik nasi sikit je.tapi udang nye.mak aih.tak yah citer la.tu yang tak post gmbr dia.kang ade yang tekecur ayaq liuq.huhu
balik petang rilek lagi. sbb ingat sambal udang dah habis.yer la tgok bawah tudung tinggal sambal je.udang nye dah tak der 
bile sampai malam, tergerak lak hati nak bukak tudung periuk kecik atas dapur tu.
sekali tgk.wah..~~!!!!
ader sambal udang yang banyak..~
siap tambah dua kali ..
erk..~

***
hari ni plak.pagi2 lagi dah sental nasi lemak 2 bungkus.karipap sebijik+tembikai sikitkuih lapis sikit.air teh secawan.
"tak pe.malam nnt nak men badminton (arina,okt 2010)
malam dan petang ni aktiviti eksesais bemula.dari ari selasa ari tu lagi.bejalan kaki seluruh utm.gigih!
gambar tak smepat nak amiik sbb aku dah kena tinggal bertiang2 oleh kak is ngan kak sham.cam no?
petang ni berbasikal.dan malam badminton ramai2.
marilah sihatkan tubuh badan smeua.yeeha..!
doakan aku kurus.haha


Khamis, Oktober 14, 2010

menu diet #1

owh.aku sudah mula berdiet yer kengkawan.
aku suda berisi aka bertambah comel.ini tidak boleh jadi ni.
kena!wajib!have to!
kuruskan badan balik walaupun tak penah kurus pon.
at least, aku dapat pakai balik baju2 baby t saiz s aku yang lama tu.kesian baju2 tu smeua.tergantung je.
skinny jeans aku tu pon dah telipat je dalam almari.
haish.
kenaikan berat badan menyumbang kepada pengeluaran duit yang berterusan.
yer la
kena beli suar baru.
kena beli baju baru.
boleh kata serba serbi baru la
okeyh.menu diet pertama hari ini adalah
 sup ikan tanpa ikan.ada carrot.kuah sup dgn tomato 4 bijik + air milo  ais segelas.
 pandangan dalam makanan manusia berdiet

piinggan lagi satu tu bukan milik aku yer.tu kak ros yg empunya.peneman setia time brunch aku.

total duit yang dibelanjakan hari ini adalah RM 2.30.

Harap2.perut aku menahan lapa,kuatkan semangat untuk diet.!ciayok!
korang idea idea diet yang berkesan?

10 10 10 punya cerita

masa tarikh tu.aku kena bangun pagi2,kul 6.30 da bangun.da macam aku nak gi keje plak.dengan pakai baju kurungnya lagi.
pagi2 nak memilih baju dah berkuntau dengan my lovely atok.
baju tu tak sesuai la baju ni tak sesuai la.kang aku tak pakai baju kang pakai baju klawa kang.baru tau.
dah semua baju aku pakai untuk gi keje.mana ada lagi baju yang reserve untuk ape2 event. rolling je la kan.
bukan la tak der langsung.ader selai je baju yang aku tak pakai untuk g keje.baju kebaya ijo tu.tu pon sbb kain dia terbelah.seksi la plak nak gi keje.sempoi2 je sudah.gi keje je pon.bukan nak gi makan malam.gi makan malam pon aku rela ber jeans kelabu aku tu dgn t-shirt disaluti dengan cardi panjang berjela aku
dah siap..tak payah nak pikir panjang2
last2 pilihan aku.baju pink aku.tu pon kena bebel gak.sbb baju tu mak aku beli mahal2 kat nun seberang laut.aku basuh baju humban masuk dlam washing machine.dah bebulu.~~ itu pon jadik masalah ka?itu baju punya hal.ni  konvoi punya hal
aku nak gi mana?
nak berkonvoi reramai ke majlis kawin officemate kat pahang.
PAHANG?!
jauh dowh..tak penah aku nak gi kenduri kawin jauh2.paling jauh pon tak keluar johor la.sampai kota tu insyallah lagi.ni kalo dah seberang negeri.mmg selalunya tak gi la.
ini kan pulak balik hari.huhu.kalo sendiri.mmg aku tak kan nak gi.
tapi disebbkan opis mate yang kawen.pas tu.budak2 dan mak budak seopis nak gi.aku pon say yes jer la.huhu.ngikot tak salah kan?
bertolak dari umah dengan keta mak aku.sampai ke foyer UTM ni.tunggu kat sana ada la dalam setenga jam.cam tak der orng.ni sah diorng terus ke taib andak amik mawi fuad.
dah agak kematu my ass cik hilman aka driver of the day sampai dengan keta myvi nyer..~~
perjalanan lebih kurang 4 jam.tak campur tolak lagi.beti isi minyak and makan sarapan+lunch.
mau makan kenduri pon benti makan lunch ka.?
eh mesti.miss arina kita dah pucat2 muka sebb tak makan pagi.adeyh.~
at last, sampai jugak la kat pekan nenasi.jangan tanya aku kenapa nama pekan tu "nenasi".penduduk nya dulu2 terlebeyh makan nasi ataupun gagap nak sebut "nak nasi."haish (smeuanya khayalan semata-mata)
naseb bek la ade mak orang dalam rombongna .ingat gak bawak kad jemputan.kalo harap yang lain mmg tak la.aku sendiri simpan kad jemputan dalam laci opis.

kad jemputan 
mmg stail skang nak letak huruf2 ni.(agaknye la)

jalan tgk macam tak der kenduri.yer la.selalunya kalo kenduri kan kereta mesti berderet.ni tak nampak pon jalan sesak.rupanya.kat dewan da.dewan tu kalo masuk dah cam masuk ke alam lain.kalo kat luar tak der orang.dalam dewan tu plak..punya la ramai manusia.entah dari mana manusia2 ni timbul.
rombongan cik tipah dari johor baru sampai.aku?blakang lensa okeyh :(

overall makanan hari tu. sedap.bole la.mungkin sbb lapar.ataupun mmg betul2 sedap.haha.tak der la.real sedap. sampaikan si fuad cam pelik(puad sorang.aku tak..lalala),ader ikan kering kat majlis kawen.
may be kat johor tak der or puad yang tak penah jumpa.
aku biasa je dgn ikan kering ni.gulai ikan kering pon ader.kat kenduri kawen kat kampung aku.kedah.slalu je jumpa.
Ha tu pinggan aku.nampak itu ikan kering?air sirap orang kawen.dengan lauk2 yang sewaktu dengan nya.yang kale hijo tu bukan bahulu ea.kuih kemboja mini size.yay.!


 kak sham bersama lauk pauk.nasi.dan air sirap org kawen nyer.

pas makan.masing2 cam kekenyangan la kan.tapi takla sampai ular sawa nak melingko je koje.aku nak tambah.tapi segan.adeyh.lapa dey.tapi tak pe control ayu tu penting.kalo yang dah kenal aku lama.aku ni tolak batu ngan kayu also makanan yg  haraaaaaaaaaam..~~ pantang dipelawa.semua aku bedal.
tak payah cakap yang dah lama kenal aku la.yang baru kenal aku bape bulan kat opis ni pon tau selera kau terhadap makanan sedap ni cam ner.nyum.~ untung dapat keje bahagian ni.ada majlis.ada makan free..~ kerja impian aku.hahaha


muke kenyang+control ayu= sape nak kenal?
kiri: kak sham.arina.kak ju.kila.iza.aku comel.kak tipah (ketua rombongan)








tak lama pas tu pengantin pon sampai.bile nampak the bridegroom melangkah keluar dari kereta aku teros... "woooowwwww..ensem.kacak begaya." (tipu okeyh) hahahha.
lain gile muke si isyam.songkok dah hilang.dgn rambut kemas je.tgn masuk dalam kocek yang tak tahan tu.haha.bini nya comel.kecik jer pon.katanya baru abis blaja.ptotla muka suci jer.tangkap gambr pun tunduk je.malu atau mmg tak suke tangkap gmbr.no clue..~~

langakah2 begaya bak model baju pengantin

dah2 la.pas makan pe semua.tgkap gmbr barang sesnap dua.kitorang pon balik.balik hari okeyh.gigih.
sebelum balik.singgah mersing beli keropok leko.
masa lalu mersing.teringat pada ez dan kekasih hatinya.pikir2 gak
 "mana la umah pak we ez ni.hehe"
bukan aku tau kat ner umah nyer.yang aku tau.kat mersing.which part?dok tau.lalu jugak round about mersing yang satu tu.huhu

dah panjang dah entri kali ni.dah2 la yer.keje banyak lagi nak buat ni.
lastly,selamat pengantin baru ta`in.

ps: keropok leko tak tahan sehari pon.kat umah semua hantu kopok leko.haish..~~~ sape nak blanja aku makan kopok leko?silakan yer


ps#2: gambar2 krdit tu kamera kak tipah.potografer tak bertauliahnya aku.hehe


Ps#3: congratz juga kepada kawan2 yang dah kawen.maira mubin di kl dan fatin di bp.
myra dan shazlee
fatin dan joe

Isnin, Oktober 11, 2010

bile dah cam ni jadi la cam tu

hari ni rasa cam semuanya tak kena.
si kekasih dah bape banyak kali kena maki marah.tanya direction je kot. sorry la darling.
nakmenjawab tu buat aku sakit hati.
nak buat keje mmg cam haram la kan.malas gile nak buat.
nak buat berita.itu tak kena ini tak kena.
pagi tadik je mood cam bunga2. sempat la siapkan poster untuk majlis ramah tamah HEk esok.

klik untuk tumbesaran yang sihat dan cergas

pas tu.melayan fb.sampai tibe2 rasa mendidih je hati.
terus bye2 bunga2 dalam hati.
dah stat nak membebel.cakap tepon tak der kaber line punya dah.
rasa cam nak jerit jer.
tanda2 PMS ker?
rasa nak cabut balik.dan tidur dengan aman dan damai.bole?
rasa nak keluar bejalan2 kat jusco tu.jalan je la kan.gaji tak der lagi.adeyh.


Rabu, Oktober 06, 2010

vampire diaries novel.first volume.

sape nak vampire diaries novel.pdf style.angkat tangan..!!
memandangkan aku baru nak membaca novel ni.dan sebelum ni pon aku ader cakap aku nak post kan kat sini.
skang ni secara rasminya.sapa yang nak novel bi.untuk first volume.sile tinggalkan email anda di ruangan komen yer.sepantas kilat lepas baca akan dihantar novelnyer.

ps: korang takder ker novel bes?

Rabu, September 29, 2010

chanteeq

oh .aku ader 2 email baru yang tak baru sangat.gorgeousisme@yahoo.com dengan chanteeq_saya@yahoo.com.
email gediks?cube tengok email aku skarang stapler_gun@yahoo.com.how`d u feel?
dua email tu aku buat sesaje.satu untuk skype aku.dan satulagi untuk si kekasih.yang pemalas nak buat email sendiri untuk berfesbuk.cet~

***
chantek?
subjektif kan.
ape yang mendorong aku untuk tulis entri pasal cantik?semuanya pasal satu blog dan satu gurl yang aku perhatikan.
owh.dia bagi aku chantek.
chantek la.if ko ader badan yang ramping not tong like me.kulit putih bersih.eventhough aku tak tau bape tebal foundation yang ditempek.tapi aku pasti.dis gurl ader kecantikannya yang tersendiri.bile scroll ke bawah.rupe2 nyer pernah jadik covergirl majalah dara.
majalah dara covergirl semuanya cun babe.

bagi aku nak jadi cantik tu penat.
bukan aku tak penah rasa tu semua.
nakmake up cantik2
pening nak pakai baju cantik.kasut nak cantik.
dan mungkin kerana aku tak mempunyai daya untuk menghabiskan duit yang banyak uuntuk mencantikkan diri.aku stop dulu proses2 cantik ni.
aku gi praktikel pon ala kadar.sampaikan sikekasih pernah tegur.
"kenapa pakai burok sangat ni?"
ada aku kesah.?
gi keje .pakai sandal crocodile puteyh 50% off aku ni.
no more wedges kunning okeyh.aku dah jatuh sampai luka lutots aku ni.
no more heels.masa event persada hari tu.kaki aku penat dgn heels.
baju rasmi aku hari2.baju kurung.with shawl.and spectacles.
nerd?tak la.
ni nak gi keje bukan melawa.
slalunya.kalo nak melawa pon aku akan pilih hari.tgk la kalo ader event.maybe aku cantik sikit.sikit je la.

berbalik pada the gurl.
mmg cantek budak nyer.pakai tudung
mata bulat.standard contact lense la kan.
letak makeup sikit terus cantik.tak tau la potoshop ke ape kan.
bile aku scroll punya scroll terpandang satu gambar candid.
rupanya dia jongang.
 what de..~~~
patutla takder langsung gambar dia senyum nampak gigi.semua kne kepit kuat.
alkisahnya disni.canttik itu subjektif.
sekian.

tengs kak wan..

tadik g mkn open house kat umah kak wan.baru jer balik ni ha.
kalo orang len rehat tgh hari kul 1 la biasanya.kitorang satu opis ni ha.kul 11.30 dah terkedek2 gi kat car park, sambil jalan sambil discuss nak nek keta sapa. sudahnya.opis canseleri ngan HEK ni kosong.tak der orang.
tak per la kan.boss yang otainyer.bagi cadangan kul 12.00 kena ada umah kak wan.kami semua pengikut setia jer..heheh
mula2 ingat nak nek keta ngan rahim.dah siap rasuah dia kue keria sebijik yang aku beli masa breakfirst tadi.

oo..breakfirst.
ader satu cerita yang aku nak cerita tentang masa aku breakfirst tadik.melencong jap eyh.
aku hari ni.lupa nak mintak duit dgn orang2 yang dah bergaji kat umah tu.sudahnya.aku gi opis berbekalkan duit syiling yang penuh kat dalam coin bag sabah aku ni.
nampak yang ada perkataan sabah tu?tu lah coin bag aku..heheha.masa masuk praktikal ari tu ada boss (dah tak ingat sapa) bagi satu sorang.sbb dia baru balik sabah.





masa nak bayar untuk sepinggan nasi goreng kat counter.aku ckap ngan akak tu.
"kak kalo saya bayar dngan duit syiling je leh tak?saya tak der duit kertas ni"dengan muke kesiannyer la
akak tu tibe2 muka dia terus berseri2 dan terus cakap
"eh.bole2 ada banyak ke?ada berapa?"
"ada rm 3 je la kak."
aku tuang je semua syiling.terus dia amik kire satu2.ader dalam rm3.60.
"akak bagi rm 4 ea."
dia pause sekejap
"eh.akak bagi rm5 la.makanan ni tak payah bayar.akak blanja"
wah murah rezeki aku hari ni.muka aku cam pecaya tak pecaya jer.
"ye ke kak?hurm.terima kaseyh.air limau satu ea kak."
"air limau kena bayar.rm1."
tak kisah lah kak oi...lagi besar rezeki yg akak abgi kat saya hari ni.

teet...~~~tu kisah kat breakfirst tadik.
owh.kat sini aku selalu sarapan kat cafe pak lah.mknn dia sedap n murah.pernah aku amik nasi goeng yng banyak dan sambal sotong agak bnyak gak.
bile sampai kat counter nak bayar
"berapa kak?"
"rm1.80"
amacam? murah?

okeyh2 sambung jamuan umah kak wan.
kak wan ni nak gi haji dah 23 hb 10 ni.alhamdulillah.dah sampai seru tu.
kak wan ni PA dr.azlan.dah veteren.tapi chantek wo..jap2 aku cek tenet mana tau ada gambr dia leh bg korang tgk.




ok.sorry gmbr dia takder.nnt aku carik lagi.nnt aku update yer entri ni.

 cammane aku tau dia nak gi haji?dah kad jemputan dia aku yg tolong buatkan.tanya2 la skit.pas tu aku ada dgr orang2 cerita.hehe

ni kad dia...simple jer.tak kan nak buat yg vogue d vass pulak kan..pemintaan tuan rumah yer..~

seperti yang aku cakap tadi.kalo tak nak nek keta opis je.keta pedana.ngan drivernye rahim.tapi bnyk la pulak yang nak bawak kereta sendiri.last2, kak tipah tarik aku nek keta ngan fuad.nak wat camner kan.ikot jer la..

 fuad si driver, razif si co-pilot.





 kak tipah yang nek keta jer terus pakai seat belt





aku yg menumpang myvi fuad
nak gi umah kak wan.pergh.bape kali pusing tu.carik tak jumpa.salah masuk lorong la.ape la.last2 jumpa gak.kami yg bertolak paling awal.konon2 nak tinggalkan inoova pn zizah.sekali kitornag yg kena tinggal.cet.

owh.rumah kak wan dekat area kuarters jkr.bole tahan la rumah dia.double story.besaaaaar gak.rasa cam nak mintak keje kat jkr lak.pas tu mintak nak duk kuarters dia.Heheheh.boleyh?

makanan dia sedap la jugak.caterer biasa yang utm amik untyuk event.dewana catering.aku makan nasi nagna ayam je.beserta dgn kek tiramisu.nyum2..
tiramisu ujung sana.ader strawberry dua ea.tamak?tak la.satu share nagn kak jue web..bepan tu sirap limau.dengan nasi kale kuning(nasi briyani ea?) ayam pedas n tempe+tauhu+petai.hoho

tak payah la citer panjang2 kan.bis makan per lagi.balik la.takkan nak duduk tido kat umah orang lak.
balik opis keje la babe

itu la kisah 2 hari sebelum habis praktikel.
untuk kak wan.selamat mengerjakan haji yer.jangan lupa ole2 saya.

ps: wah2.mentang2 hp season ni dah ada cable usb.bukan main lagi main pindah2 gmbr yer ko..~~!!

Selasa, September 28, 2010

kad raya nan satu

walaupun hari raya dah berlalu.aku nak ucapkan selamat hari raya pada semua.
***
bukan lah nak wish raya sangat pon.nak kongsikan pada semua.aku berjaya dapat 1 kad raya tahun ni.
satu kad pon nak kecoh ke..?
rilek ar.stakat wish kat fb n msg mmg banyak.
tapi ni kad raya.yang cik posmen hantar ke rumah tu..?
ada yang masih dapat?
mesti lah ada kan.
sekarangkan zaman IT.ramai yang dah tak nak hantar kad raya ni.lagi2 satu kad raya sekarang dah kena lekat setem 60sen or 50 sen.bek anta sms yg harga 1sen or 10 sen paling mahal 30 sen jer kan.
kenapa harga setem naik pulak tahun ni.or mmg dah nek lama dah aku je yang tak tau.??
tak kisah lah ape pun kan.
 kalo masa kecik2 dulu. masa time sekolah agama sri pulai. masa zaman aku pakai tudung labuh gaya ustazah(bak kata kawan2 sekolah aku)
asal time raya jer.ader satu pasar raya ni.nama dia PASAR MINI WEE WEE, dia selalu letak tempat jual kad raya kadt depan kedai.aku pulak yang takder keje sangat masa tu.yang tak nak balik umah awal pas habis sekolah agama tu.selalu jer singgah kat tempat tu.belek2 kad.belek jer la.beli nya tidak.ngeh2.
dan aku selalu tertarik pada kad raya yang ada gambar kartun.
comel.dan kelaka.
kad raya paling murah yang aku penah spot masa tu adalah kad raya harga 30sen.murah yang tersangat lah murah.ada lagi harga cam tu zaman sekarang ni.tapi berbaloi la dgn ukuran dia.kecik jer.tak la besar mana pon.aku
kat kedai tu jugak aku blaja tgk harga kad raya kat back page dia.so.aku leh tau harga sekeping kad tu harga dia berapa.tak payah la susah2 nak tanya auntie kaunter harga kad tu.hehe
sekarangni.dah takder sangat dah orang nak menghantar kad raya.aku pon tergolong dalam golongan tu.walaupun aku dah satndbykan kad raya untuk di pos.tapi sampai lepas raya.aku tak pos jugak.nak wat camner...

kad2  raya tahun2 sebelum ni yang aku terima semuanya aku simpan elok2 dalam kotak atas gobok.takkan ilangnya.bertambah lah sekeping lagi koleksi kad raya aku

okeyh la.berbalik pada kad raya aku nan satu.pengirim bertuah nama nya ez.
thanks ez.send kan aku kad raya.patotlah hari tu beria mintak alamat aku eh..
walaupun kad ni kad RTM.aku ttp suke..~~

Kad raya nan satu
Thanks EZ..~

sorry

kepada sesiapa yang telah tersakit hati.maafkan aku~~
yang penting.
aku bukan sengaja.

Ahad, September 26, 2010

kemayan city..

pada entri sebelum ni.aku ada ceritakan pasal satu story yang dee cerita masa team innova on the way nak balik ke tmn u.kepada semua warga jb.mesti dah tau
nak ke tmn u or tsp.kena lalu jalan skudai tu.kan kat tepi tu ada bangunan shopping mall yang tak siap2.
okeyh.nama dia KEMAYAN CITY (KC).aku pon tak tau nama banggunan tu sebelom ni.pass dee cerita baru la aku tau nama bangunan tu.
***
nak dijadikan cerita.menurut lady dyana.KC tu berhantu?
eh.yer ker?tak tau plak aku.antu aper plak.yang aku tau bangunan cam tu sah2 la jadik tempat persinggahan dokter2 tak bertauliah.ye la.bangunan tu pon dah lama .tak siap2.ala kat jb ni bukan 1 2 bangunan yang tak laku.banyak kot.
cam waterfront tu.2 kali je aku jejak kaki kat situ.skali ngan parents.lagi skali.dgn ida ngan ecut.nemankan si ida ni beli beg converse dia.waterfront ni mmg cam tak laku jer.walaupun banyak kedai best kat situ.kedudukan tak strategik kot.ntah la.jangan cakap waterfront tu pon sbenarnya berhantu ea.ida tu idop lagi.beg yg dia beli pon still ada lagi (agaknya)

keyh.berbalik pada cerita kemayan city tu.
dee cerita.ada orang yang pernah bershopping sakan kat dalam mall tu.
hape giler ker per.
masa dee cerita tu pon.kitorang tgh lalu depan kemayan city tue.
wah.agak meremang gak la bulu roma aku.
dee cerita lagi.
orang2 yang bershoppimng ni sangat la happy beli belah kat sini.masa tu nak raya.
eh bukan raya semua jin jebalang kena grounded ker..?camner kes KC ni leh kuar.?
depa kata.mall ni.best.cantek.meriah, dan ________ (korang leh list sendiri semua perkataan yang sama erti dengan best.)
bila dah bershopping bagai.bile sampai umah.tgk barang2 tuka jadik daun kering.duit baki pon tuka jadik daun kering.huwa..~mmg sedeyh la kan.
duit dah takder.habis kena guna.barang pon tak der.
diorng berjual beli dgn mat pit tu kot..
hape2 jer.
alhamdulillah.aku tak penah nak kena kaco ker.kena tegur ker.jangan pandang belakang sudah.atas bawah kiri kanan pon tak payah. tgk depan jer sudah.
macam2 la citer.
dah ader beberapa kes.semuanya terjadik pada mereka yang tak pernah jejak johor.so.ape lagi.cuti-cuti malaysia la korang.bercuti kat johor.
erk.bercuti kat johor..?kalo aku la..nak gi mana ek..?semua tpt dah gi.hehe.
mungkin cara aku cerita.tak menyeram kan korang yang baca.sebb aku bukan pencerita yang baik(sekaligus menunjukkan aku tak pandai nak bergossip.ceh..~!)
bila aku google KEMAYAN CITY, rupanya banyak entri lain yang tulis pasal cerita ni.kat metro pon pnh kuar pasal cerita ni.gile ah.
kalo nak baca.google ar sendiri eh.tak koser kau nak link kan setiap page.

ader lagi satu yang pasal kemayan city ni.
pnh dengar pasal jalan amerika kat sini. (panggilan mak aku untuk jalan ni..)
ade fly over yg tak fly sangat betul2 sebelah KC.
Jalan dia songsang.sape2 yang tak penah lalu tu.bole eksiden gaknyer.lalu jer jalan tu rasa cam katy oversea lak.hehe

sekian ,wassalam

ps: eh.apehal masa aku tulis entri ni bro2 kat sini pon cerita pasal kemayan city gak?

Khamis, September 23, 2010

TSP ke Malay Village ke Pasar Karat ke Danga Bay ke Tmn U ke TSP

berdasarkan fb event yg dicreate oleh cik ketot aka nad, 5 september adalah tarikh yg sepatotnya kami warga smktun keluar buka pose ramai2.
aku yg takder transport ni haruslah menumpang orang kan.dan orang bertuahnya adalah cik aisya safiyah kita.
pas dah deal baik punya.syah cakap dalam kul 4 dia datang.lepas di bernegotiate.kul 4.30 baru datang amik aku.gile awal kul 4.nak gi mana? jalan2 cs dulu per..
rupenyer cik piah kiter jadik supir untuk ramai orang. nak gi amik ketot lagik (mesti ko nyirap je kan tot aku panggil ko tot jer..tak per..kat sini jer..~~), dah ar umah cik tot jauh nun di senai sane.nak gi amik manusia2 yang bermastautin kat tmn u lagi.penat sungguh cik piah hari tu.
sekali dlm kul 4 lebeyh.cik piah msg
"aku da otw.."
aku dah siap semua okeyh.baju pon aku carik yg paling alim punya.labuh cecah lutot punya. bagi sejuk skit mata mak ngn atok aku tgk.baru green light terang benderang masa nk kuar ptg tu.huhu..~~ idea yg paling terbaek punya.
sekali cik piah sampai. datang dgn Toyota Innova sebijik la.adeh..betapa besarnya kereta.aku ingatkan mak cik mana la duk depan umah aku.huhu.~
dah dalam keta.cik piah start bising2 kate banyak yg tak jadik gi...nad demam.isham tak der teman sekongkol.yg len2 ada hal..wah..serabot sungguh kepala hotak organizer hari tu.

 ***
okeyh.
entri diatas.aku dah tulis dekat setengah bulan.dan masih ada lagi satu entri yang tak terhabis tulis.
kerja banyak+cuti raya+takder komputer kat rumah = membuatkan aku tak sambung menulis.
lagipun, masa menulis entri kat atas,aku tak bermood sangat.takder idea nak tulis apa sebenarnya.tapi nak menulis jugak.
tak nak la sekadar tempek gmabar dan letak caption satu dua, terus siap satu entrii.cam tak best kan..?
disebabkan aku nak gak menulis.i have to..sambung entri ni.tapi skarang ni dalam mood yang berbeza. :)

***

nak dijadikan cerita. pas aisyah amik aku and yani.also dee.kami pon smeua2 gi ke malayvillage tu.takder sesat2.jalan pon line clear je.takder orang nak lalu jalan tu.besesak2 seperti selalu.takder la tak der kereta langsung.ada.tapi tak jem.paham.?

(apesal la aku membelitkan keadaan nie..?)

bla.bla.bla.bla.
zila pon kitorang dah amik dah kat bus stop uda tue. tinggal ezam sorang jer. semua kat table masa tu tertanya2 ezam mana.yang aku bayangkan izamudin anak azmi yang sekelas dgn aku dulu.tu jer yang aku ingat nama dia ezam.yang len.takder..

(gambar rembat dari fb beliau)

pas makan.ingatkan nak berlepak-ing.tapi punya lah banyak masalah.berpecah sana sini.dengan keta ecah kena blok dgn keta lain betul2 blakang keta dia.tapi tak tau la ecah baca mantera ape sampai dia leh kuarkan jugak kereta dari parking.(semangat ke berlepak-ing may be?)

sesudahnya.kiornag sampai kat bazar /pasar karat tu.
hoho..tyempat ni kalo ada duit berkepuk mmg best.sbb banyak benda yang bole dibeli dan menarik perhatian.tapi apa nak buat.mas tu.poket semua penuh dengan habuk dan pasir jer.tengok sambil lalu je la.
lagi skali ezam* menjadi masalah. dia tersekat kat danga bay. rilek ar.chill..semua leh sattle.
kami team innova ni smua gi sana.

oh, team innova dah kekurangan seorang ahli. yanie dah bubye awal.stat bis makan.skang ni team innova ada aku(z),aisyah,dee ngan zila.


and we are the first team yang dapat selesaikan teka teki siapa ezam yang sebenarnya.

(gambar rembat dari fb beliau)
klik la fb ezam.dia skang dah jadik potographer.leh mintak diskaun gambar kawen..huhu

ingatkan nak lepak kat danga bay lama sikirt.tyapi masa tak cukup la.berpusing carik orang je da habis beberapa jam.akhirnya.snap satu dua gambar kat danga bay.dan kami pon balik..

to ms organizer.walaupun serabut. tapi syok aper korangnyer reunion ni.

miss all those memories masa sekolah.muka2 nerd semua.

ps: ader satu cerita yang pada aku seronok.dan rasa cam nak share dgn korang.di ceritakan oleh dee pada team innova. entri lagi satu aku cerita keyh.

ps2: gambar2 nnt la upload.lagi pon tu semua hasil ehsan cik comi.kamera nye pon..~






Isnin, Ogos 30, 2010

blogs..~

sehari dua ni aku dah banyak tak buat kerja.dimulakan dengan tangan gatai tulis blog balik.sampai la tangan gatai klik2 blog orang sana sini buat bahan bacaan ilmiah yang tak ilmiah sangat.

kalo dulu.aku selalu baca blog2 kawan2 aku jer.yer la.blog kawan2 yang penting.nak tau ape yang jadik kat diri diorng.ter-clash ker.ter-jatoh cinta lagi ker.tengah berbunga-bunga cinta lagi ker..(stalker ke aku?tak la..CONCERN mungkin.ahaks).antara blog2 yang aku selalu tengok tapi malas nk komen blog ketot, pakwe ketot dan ika.

owh ketot dan ika kawan baik ku..ika dari sekolah agama.(johor wajib sekolah agama, dan aku dulu sek ren cina.tak banyak kawan2 melayu yang umah dekat2) ketot lak aku kenal masa form 4 masa aku join kelas 4 sains 1 SMKTUN (form 1-3 aku tak kenal ketot lagik sbb aku kelas ES1 dan diorng EK1.kelas lain2.budak2 pun tak campur.)

ika ni kembar aku yer kawan2.kami lahir pada taikh yang sama cuma tempat je lain2.aku lahir kat johor.tanah melayu.dia lahir kat UK(Tak silap aku), seberang laut gitu, sbb nak ngikotkan bapaknye gi stadi kat sana.kata nya la dulu2.(kalo silap bgtau yer.fakta idop org takleh memain.)

agak2 dah bape tahun kitorng kenal?kire ar sendiri, aku sejak umo mencecah 20-an ni.kadang2 umo sendiri pun lupa.hahah.

penah masa nak isi borang miintak kerja jadik display artist kat giant cuti sem dulu.kak.yati(HR giant),tanya umo aku berapa.aku siap2 kira lagi 2010 -1987 tinggal berapa.adeyh.gile tak ingat la kan. ader gak bile aku isi borang2 survey supemarket maner2 aku tulis umo aku 19.padahal aku dah 20++.bile dah pass pada orang yg bertanggungjawab baru aku terperasan aku salah tulis umo.lantak pi la kan.huwahaha.

bukan perasan muda.tapi aku lupa umo aku yer.

ape aku bebel ni.?

balik pada isu blog.lepas blog kengkawan.aku dah start bace2 blog2 artist.gossip bagai. sekadar bahan bacaan.nak jadikan isu2 ngumpat ngan mak aku masa masak kat dapo.leh ar citer..

"ibu, artis tu dah kawen ar.laki dia tak hensem.."

tak pun

"ibu, ader pelakon tu dah bukak kedai makan sendiri.bila ibu nak bukak kedai lak.."

tak pun,ayat yg biasa aku guna bile masak ngan mak aku kat dapo.

"ala,ibu masak la.lauk ibu sedap.kalah chef wan.."(alasan puji mak aku bila malas nak masak...)hehe

ader la satu dua blog artist yg dikatakan femes cam rangakaian oh media ngan beautiful nara (sbb blog ni aku dapat 3 contact lense free.tq :))

Skarang, untuk membelek blog2 artis aku dah mula bosan.(yer aku mmg seorang yang cepat bosan..) ntah kenapa aku kena amik tahu hal2 artis.bukan aku kenal depa.

ader gak kengkawan yang tibe2 jadik artis pon.aku tak nak amik tau.skadar muka depa keluar kat paper,dah la.tak koser aku na selidik hal2 diorng dgn lebih dlam.bukan aku takkenal depa sapa.

skarang ni plek aku sibuk na  baca blog sorang mamat ni yang blaja kat jepon.bagi aku cara dia tulis blog lebeuh kurang sama dengan blog kawan2 yg kau minat.sbb tu mungkin aku suka baca dari awal sampai habis entri dia.

nak baca gak..? klik sini.

dan mungkin aku suka baca blog dia sbb "dia kata", dia skang kat jepon.

dan mungkin ramai yg tak tahu.aku mengimpikan untuk belajar kat jepun dalam bidang mekanikal.masa sekolah2 dulu punya cerita.tapi.nak buat cammane.keputusan Spm aku tak layakkan aku untuk amik jurusan mekanikal diuniversiti pon.(tapi aku dapat offer untuk ke kulim hi-tech.untuk institut apentah,bmi ke ape.nama course dia pon panjang gile.tak mampu aku nak ingat.yang aku ingat dia ader perkataan seni reka.hoho )

tak per la..nnati kumpol duit banyak2 kiter gi jepon ramai2 yer..

p/s: jepon ader course mass com ker..?curious

Khamis, Ogos 26, 2010

past

semalam, borak dgn pija kat ym sampai aku tak buat keje.hehe.(tgh2 borak,skali bos aku aka hilman kol da,tanya pasal keje yg dia bagi dah siap ke belom.haha)
mmg mengimbau nostalgia betul.zaman diploma aku.mmg best.dengan kawan2 yang best.nak manitik air mata aku bila borak dgn dia.citer2 balik hal dulu.
pija siap ingat lagi cammane dia leh berkawan rapat dgn aku.padahal aku dah lupa.dia ceritakan balik every single detail.yg aku paling tak dapat lupa.masa diorng wat surprise birthday aku siap ader bluberry cake untuk aku.tapi nak melalui hari besday aku mmg perit ar.diorng satu kelas pulaukan aku.cis.birthday aku.pija and lia dekat2 smuanya bulan 3.pija 15hb.aku 27hb.lia 20something (aku dah lupa.. :( )
untuk birthday pija seingat aku.kitorng belikan twiggies. belah 3 tak silap.sorang amik sebelah.tk der duit. besday lia lupa belikan ape.tapi kitorng menghilangkan diri dari rumah cakap balik kg.padahal ader jer kat umah nani (akak pija.)
ntah la.bnda tu dah lama berlaku.ada sedikit perselisihan yg timbul buatkan aku menyepi.tapi.lepas borak dgn pija smlm.buat aku rindu balik suasana tu.

 birthday cake aku.(kire ar bape btg lilin atas tue _ _ ")

mungkin kah akan ada lagi suasana masa tu?

Rabu, Ogos 25, 2010

hantu malaya vs hantu oversea


langsuir.
tau apa tu langsuir?ala.yang main isap2 darah orang tu.then langsuir ni banyak lagi nama2 seangkatan dengannye.kalo kat m`sia panggil pontianak.kalo kat over the sea.panggil vampire/dracula.

perbezaan langsuir tempatan dan luar negara yang amat ketara adalah dari segi cara dressing diorang,
local punya attire dia.kain putey jer.dengan rambut panjang mengerbang.dan dimonopoli jantina perempuan.cam lelaki tak leh jadi langsuir la plak.muke plak.agak2 scary.dengan bedak puteyh tebal seinci.
tapi bila kat over sea.leh pakai smart plak demokrasi habis. laki pompuan leh jadik vampire.muke2 pon tahap2 model2.huahaha..

ni antara hasil kajian aku dari tengok2 cerita kat tv. skang ni.dah musim vampire start dari zaman twilight dulu.(rob pat sngt la tak hensem in reality okeyh).tapi bagi aku.zaman campire hensem ni dah start dari cerita interview with vampire dulu.cerita zaman brad pitt, tom cruise,muda2 dulu.kristen dunst pon kecik lagi masa tu, lepas tu baru la era twilight dtg.dan lepas tu lagi the vampire diaries yg kat 8tv skang ni.
 kalau cerita2 melayu.pantianak aka langsuir ni dah banyak sgt kat tv. tgk jer citer Seram tv3, cerita2 larut malam tv2.smuanya ada pontianak yang berbaju puteyh rambut kembang dan bedak tepek tebal.(nampak sgt aku kat umah tgk tv je kan..?ape guna mak aku beli astro beyond kalo tak record citer hantu yang cam best tu..~~~blagak)

kalo ikut cite rasa aku untuk pelakon2 3 cerita tu.aku rasa line up untuk vampire diaries.mmg best.sanggup aku begaduh ngan abg ngn nenek aku nak berebut kan tv.diorng nak tgk si capik tv 2(nyampah gile citer tu.bile nak habis ntah) dgn vampire diaries 8tv.(aku ni penyokong kuat media prima ker..?)tapi elalunya kau yang kalah.cet.kedepan kebelakang la aku nak carik tv yg kosong. nampak gaya nye.kena kumpul duit beli tv sendiri.baru puas hati.letak kat tempat day bed.aku tgk sorang2.hahaha

twilight.

episode 1 dia okeyh.pas tu new moon dah tak best. eclipse aku tak tgk lagi.hahahanak tunggu breaking dawn..yea!! diorng kawen..~mungkin salah satu faktor aku dah baca kesemua novel diorng.dlm bentuk pdf gak.



interview with vampire: 
sumpah tak bosan.tgk la banyak2 kali..senior vampire diorng ni.nak baca novel dia tak sempat2.yer ar.diorng nyer novel dalam bentuk pdf ma..~


vampire diaries
ni pon novel dia tak baca lagi,kat mana aku simpan pon tak tau.juga dalam bentuk pdf.aku kan kedekut nak beli benda untuk skali guna ni.lalalla~~citer dia mmg wat au saspen je every week.stefan dan damon nye sgt la macho.hoho.

Bukan tak sokong cerita hantu melayu.tapi. cam biasa je aku tgk cerita diorng.yg aku slalu layan yg kat seram tv3.tapi citer ghost kat 8tv dlu mmg aku minat habis.

 dean and sam winchester yg sangat la comel..hehe
 and the powerful melinda gordoon

owh.tak lupa gak.supernatural ngan ghost whisperer.mmg all time faveret aku.ngee..~

Selasa, Ogos 24, 2010

adeyh..kena tag lagik

thanks ketot sebb tag aku.tag ni pon aku rasa dah berbulan dan ada banyak lagi yang ko tag2 aku.aku tak wat.betol tak tot.
jgn ar marah.aku suke kena tag.tag la banyk2 lagik.aku malas nak buat jer hehe.tag 30 soalan ko pon aku tak terbuat lagi.mungkin sebb aku tak der 30 crita yang aku nak ceritakan pada semua.(idop aku ringkas rupanya).ni aku wat tag yang aku rasa paling simple dan senang keyh..

gedik contest

gambr gedik..?hurm..tak der kot.sbb aku tak gedik..haha.aku bagi gamabr yg burok leyh.?sbb kebelakangan ni gamabr aku semuanya burok2.mungkin sbb aku makin gemox.cet.

okeyh.ni gambr terburok aku masa ni..cet.ini gambar candid okeyh.masa aku tengah berusaha bertungkus lumus nk menang game hari keluarga UTM ari tu. (last2 kalah gak).hampeh tol.dengan muke keriut cam tu.siap ader background gambr orang gelakkan aku.macam xxxxx..!thanks bam(cameraman utm) sbb berjaya capture muke aku time ni.(tapi bile aku check album gambar2 keje si bam..asal muke aku jer yg banyak..?bam ko ada hati ngan aku ea.hahah)

ada gak gamabr aku macam atlit profesional yg berjaya bam capture.huhu.nak letak ke..?tak paayh kot.~~ sbb ni untuk gedik contest.

mcdonald punya citer

baru2 ni aku ade terbaca kat blog2, laman web..pasal lesen halal mcdonald kena tarik balik.(nampak sgt aku asik bertenet je..hehe) masa mula baca tu.aku tak lah terkejut sgt.kire tahap penerimaan aku masa tu macam masa diorng dok heboh2 produk israel suro boikot bagai.tapi last2 tak der pon.sama jer..produk2 yg diorng cakap produk israel tu.mcam biasa gak penjualnnya.berdiri teguh jer.takder tergugat mana pon.

balik jer umah time lunch tu.(walaupon masa tu bulan puasa.aku tetap balik uma tengah hari yer) aku terus citer kat mak aku

"bu, diorng cakap kat tenet lesen daging halal mcdonald tu kena tarik balik."

"bis tu."

"tak leh makan burger mc d lagi la.kena makan ice cream dia jer.."

"ala.bukan malaysia punya mcd keluarkan produk dia sendiri ker..?"

"?? ye ke??"

"kan malaysia dah beli nama dia jer.kire nyer kita pakai nama.tapi tak guna barang diorng"

ye je mak aku ni..

"ntah .tak tau."

ntah betol ntah tak mak aku ni.mungkiin yer mungkin tidak.aku ni tak tau plak sejarah salah silah mcd ni walaupun aku pnh keje mcd pas bis spm dulu.tapi moral of the story entri kali ni. JAKIM dah kuarkan statement yang diorng takder nak gantung or tarik balik sijil halal mcd tue..

klik gmbr untuk bagi dia besar punya..~
update: 25 august.
ni plak keternagan yang diikeluarkan oleh pihak mcd (rembat dr oh media)
klik gambar untuk besar punya~

so.pas ni dah leh gi makan mcd tanpa ragu2.

ps:GCB dia 2nd terbaek.. 1st terbaek.burger mix and match aku sndr masa keje mcd dulu.hehe

Jumaat, Ogos 20, 2010

old fashion session

dah lama rasanya aku pakai contact lense.ada la dalam beberapa tahun.tapi hardcore pakai dalam sepanjang tahun lepas.bertukar2 kaler jugak mata aku sekejap.hehe.

baru2 ni (2 minggu lepas) mata aku kena infection.mmg tahap serious gile.mata aku dah flaming gile2 merah+berair+bertaik mata=sepanjang masa.sehari. 2 hari.aku tahan jer.ala.bukan tak biasa kena.mmg slalu kena pon.tapi itu masa contact lense aku dah expired.dan aku still pakai(tak payah nak lecture aku lagi pasal kepentingan mata.aku tau tu semua cuma aku jer wat2 tak nak tau.beli contact lense pakai duet.solution bagai.pakai duit.bising2 ader bagi aku duet untuk tukar contact..?tak der kan.so diam.aku akan tukar contact lense bila aku ada duet okeyh.!) tapi kali ni infection mata melampau okeyh.

baru jer beli contact lense.pakai sehari dua.dia okeyh lagi.tapi bile aku mix kan dengan produk eye-mo untuk jaga mata.wah...infection dia terus beranak pinak.membengkak mata aku 3 hari tu.aku beli eye mo untuk jaga mata.dia plak merosakkan mata aku.PANGKAH EYE MO.!

lepas jumpa dokter kat klinik maimunah,tmn sri putri(klinik aku dari kecik), doc dia bagi ubat titis mata dengan alahan.siap suh aku testing lagi contact lense wat hal ker.eye mo yang wat hal.ha yer la tu doc.mata aku gak yg sakit nnt. aku ttp salahkan eye mo.

lepas jer balik dr klinik terus aku gi wat cermin mata.adeh.aku tak nak beb.dah lama tak pakai spec.buruk dowh.tapi.untuk menjaga mata.aku terpaksa beli.tapi bila pikir2 balik.bek aku beli.nnt nak pakai contact leh pakai untuk jangka masa yang ditetapkan je.8 jam.sebelum ni aku pakai dari pagi sampai ke malam.hehe

lebur gak duit aku kat kedai cermin mata.naseb bek duit ptptn masih ada lagi.dan nasib bek jugak aku tak joli sakan masa dapat duit dulu.dan akhirnya, aku pakai balik spec.

first day gi kerje pakai spec.semua tak tego aku.rupa2nya diorng tak cam aku.ces.siap tanya kak sham lagi.aku ni staff baru ke.apehal..?haha.si jai tak habes2 nak ketawakan.cakap dah macam cikgu.siap bagi "selamat pagi cikgu" masa aku masuk ofis.mmg nak kena hempuk. tapi lama2 ok la..

baru 10 hari buat spec.spec aku jatuh.cermin dia pecah.akibat dari libasan tuala aku.mmg tibe2 darah aku sampai kepala.baru nak happy2 tgk tv kat depan.dah jadik cam ni.naseb bek hari jumaat.so.esoknye tak keje.tak la aku gi keje tak pakai spec.dan tak payah tgk komputer dekat2.hehe.gile..tak nampak dowh.power aku 350 dgn 375.gile tau tak punya tinggi. tu yg tebal semacam kanta cermin ni.

terbang lagi duit kat kedai yang sama.naseb bek dia bagi harga mmg marvelous.dari 70 sampai 35 dia kurangkan harga.mana taknya.aku bawak 50 je masa tu.tunggu je dia bagi best offer.ala kak.satu family saya buat cermin mata kat kedai akak.dari akak partner kat optik mega tmn u tu sampai akak bukak kedai sendiri kat pulai perdana tu.kami sekeluarga follow jer..pelanggan setia la ni..dari saya first pakai spec sampai dah bertukar2 spec..contact lense je tak beli kedai akak.hehe

dan sekarang.aku balik ke old style aku.mula2 aku kesah.tapi skang ade aku kesah.~

zaman2 pakai lense.~cun x?




ni dah zaman pakai spec.

p/s: gambar diambil pada hari dan masa yang berbeza yer..tudung je sama..(nampak sgt aku rolling tudung..hehe)

p/s lagi skali: semua2.jgn pakai eye mo.okeyh..!