Khamis, Jun 16, 2011

lopez de-circle-ar

masa blaja dulu ..(dulu la sangat. padahal tak sampai setahun lagi aku habis belaja)..
kalo setiap kali aku balik umah kat jb ni. nak balik shah alam.mesti atok n mak aku akan bekalkan makanan.tak kira la.nasik dan lauk pauk ke.kuih ke. ape ke

ada sekali tu. aku bawak balik kue lopis...
saja...
kuih lopis ni sah2 la faveret aku.selain dari kue keria dan pelbagai kue lagi...hehe
kue lopis yang masak sendiri yer. bukan yang beli kat kedai.ataupun warung2 tepi jalan.
dalam daun pisang lagi...
maknanya dia tak di kerat2 lagi.
kalo kuih lopis homemade yg atok n mak aku buat.dia bulat2.
bukan tiga segi.
penah gak aku tanya mak aku.asal tak buat yang tiga seginya.
dia cakap 
"tak tahu.."
dah tu aku nak ckap ape lagi?senyap je la..janji leh telan.

critera ni start masa kat apartment baiduri. aka umah sewa aku masa degree kat seksyen 2.
dah bawak balik makanan takkan la kau nak sorokkan bawah bantal makanan tu semua kan..
sah2 la canang satu umah ajak makan.
seperti yang aku cakap tadik
kalo dah homemade namanya.mestilah dalam bentuk original.
cam kueh lopes yang aku bawak ni.still bebalut dengan daun pisang lagi.dan tak dipotong2 lagi.
aku perintahkan (eceyh) budak umah aku. ntah sapa tak ingat..untuk memotongnya.sambil2 aku buat air gula dia..

bile si dia tanya
"nak potong pakai per??"
aku jawab la
"pakai benang.."

bole satu umah bantai gelak kat aku.
aku yg tak paham ni dan agak slow ni.maklum ar tgh penat baru sampai dari travel.tepinga2 jap.
what the hell..
betul la aku cakap.
pakai benang..salah ke?

rupa-rupanya diorang ingat aku buat lawak sarkas.
potong kueh pakai benang.
bile dah aku buat muke serius ..
cakap dengan nada terlebih satu pitching.

"BETUL LA PAKAI BENANG..KORANG INGAT AKU MEN2 KE.BAK SINI.BIA AKU BUAT."

aku tunjukkan skill potong kueh lopes tu pakai benang, baru la masing2 buat moncong OoOoOooOo..

CIT.
YAPEDA.
NAMPAK SANGAT TAK PENAH MASAK KUEH LOPES

ha.korang ni tau ke aku potong kue tu camner


1 ulasan:

...Pinx.... berkata...

Zettttyy!
Terjumpa blog zetty. Hari ni dah laa puasa. Tbaca pulak post kuih lopess! Gulp *terliur*
Hehehe